Friday, 28 October 2011

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Tuesday, 25 October 2011

PEDOMAN UNTUK SEORANG LELAKI

Al-Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam bila ditanya tentang wanita terbaik dia menjawab:

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya (budi bahasa, harta, peribadi, keluarga); tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka... kehidupan tidak akan bermakna..



p/s: didiklah bakal isterimu dan isterimu supaya hidup diredhai oleh ALLAH..

THE PRIVATE: BIG THANKS SALE

THE PRIVATE: BIG THANKS SALE: Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak, Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di CACI atau Di MAKI oleh awak, Say...

Monday, 24 October 2011

aku penurutNya

Mencari halal adalah fardhu...sabda Rasulullah S.A.W, setiap daging yg tumbuh dari sumber yg haram, api nerakalah berhak baginya. Halalkah makanan yg kita makan sehari-hari. Yakinkah anda walaupun sudah terdapat tanda Halal. Insya-Allah, sekiranya berminat mahukan yg halal boleh inform kepada saya. Saya akan cuba membantu anda. Mencari yg halal sambil menjana ekonomi....

Saturday, 22 October 2011

BIG THANKS SALE

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak, Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di CACI atau Di MAKI oleh awak, Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH, TAPI.... Saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya... Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK ABAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain... DAN saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya... Saya juga seperti awak, ada HATI & PERASAAN... Cuma satu yg saya pinta dari awak,CAKAP lah secara BERHEMAH dgn saya dan HORMAT lah saya sebagai SAHABAT awak... Ingat lah bahawa ALLAH sentiasa berada di pihak yg BENAR... Ukhwahfillah.....

Monday, 17 October 2011

KELEBIHAN WANITA

Add caption
petikan yg mnarik prhatian saye..
1. Dua rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yg tdak hamil.
2. Wanita yg hamil dpat phala puasa disiang hari & pahala ibadat di mlm hari.
3. Wanita yg bsalin dpt pahala 70 thn solat & puasa serta stiap kesakitan pda satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dlam masa 40 hari slepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yg beri minum susu bdannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala dripda tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yg beri minum susu badannya kpd anaknya yg mnangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita myusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yg mghabiskan masa mlmnya dgn tidur yg tdak selesa krna mjaga anaknya yg sakit dpat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yg tidak cukup tidur pda mlm hari krna mjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah akn sluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat..admin.

first impression

Jika kamu mengkagumi akal dan fikiran Steve Jobs...dia sudah mati, jikakamu suka nyanyian & tarian Michael Jackson, dia juga sudah mati. Jika kamu kata Mike Tyson hebat, dia menangis di depan kaabah. Jika kamu kagumi petikan gitar Sham Kamikaze, dia kini mencari keredhaan Allah. Jika kamu dulu suka jenaka Bob Lokman, dia kini menghambakan diri untuk dihina demi Allahnya. Jika dulu kamu suka berdangdut, Raja dangdut Iwan ingin menghabiskan sisa hidupnya dgn berdakwah dan jika kamu mengkagumi kekayaan Sultan Brunei...baginda takut untuk tidak melaksanakan hukum Allah kerana bimbang apa yg ingin dijawab dihadapan Allah nanti... Nama2 hebat yg kamu kagumi akhirnya mati. Mereka yg masih hidup pula, mereka kini amat gerun dgn Allah...Percayalah kata Rasulullah saw, Islam akan bangkit di akhir zaman..."berdoalah kamu, kamu bukan tergolong dlm golongan yg dalam kerugian!...Amin

Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w

Khutbah terakhir Nabi Muhammad ni..aq pernah dengar kat OASIS (ASTRO).. masa tu time maghrib..terkesan jugakle kat hati bile dengar penyampai tu bacakan balik intipati khutbah ni..kagum aku dengan kemuliaan Nabi kita..sempurna..kerdilnye diri  ni..

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyanglima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”. 

Friday, 14 October 2011

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

  • dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
    JANUARI
    • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
    • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
    • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
    • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
    • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
    • Pandai mengambil hati orang lain.
    • Pendiam kecuali telah dirangsang.
    • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
    • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
    • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
    • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
    • Cukup sayang pada kanak-kanak.
    • Suka duduk di rumah.
    • Setia pada segala-galanya.
    • Perlu belajar kemahiran bersosial.
    • Sifat cemburu yang sangat tinggi
    FEBRUARI
    • Berfikiran abstrak.
    • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
    • Bijak dan pintar
    • Berpewatakan yang mudah berubah.
    • Mudah menawan orang lain.
    • Agak pendiam.
    • Pemalu dan rendah diri.
    • Jujur dan setia pada segalanya.
    • Keras hati untuk mencapai matlamat.
    • Tidak suka dikongkong.
    • Mudah memberontak apabila dikongkong.
    • Suka kegiatan yang lasak.
    • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
    • Mudah mempamerkan marahnya.
    • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
    • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
    • Sangat berani dan suka memberontak.
    • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
    • Pemerhatian yang tajam.
    • Suka hiburan dan sukan.
    • Suka benda yang bersifat seni.
    • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
    • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
    • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
    • Belajar untuk mempamerkan emosi
    MAC
    • Berpesonaliti menarik dan menawan.
    • Mudah didampingi.
    • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
    • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
    • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
    • Suka pada kedamaian.
    • Sangat peka pada orang lain.
    • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
    • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
    • Tahu membalas dan mengenang budi.
    • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
    • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
    • Suka berangan-angan.
    • Suka melancong.
    • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
    • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
    • Suka dengan hiasan rumahtangga.
    • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
    • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
    • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

    APRIL
    • Sangat aktif dan dinamik.
    • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
    • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
    • Punya daya mental yang sangat kuat.
    • Suka diberi perhatian.
    • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
    • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
    • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
    • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
    • Emosi cepat terusik.
    • Cuba kawal perasaan.
    • Kecenderungan bersifat pendendam.
    • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
    • Kuat daya ingatan.
    • Gerak hati yang sangat kuat.
    • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
    • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
    • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
    MEI
    • Keras hati & tegas.
    • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
    • Pemikiran yang tajam.
    • Mudah marah apabila tidak dikawal.
    • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
    • Perasaan yang amat mendalam.
    • Cantik dari segi mental & fizikal.
    • Tidak perlu dimotivasikan.
    • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
    • Mudah dipujuk.
    • Bersikap sistematik (otak kiri).
    • Suka berangan.
    • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
    • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
    • Daya khayalan yang tinggi.
    • Permikiran yang tajam.
    • Pandai berdebat.
    • Fizikal yang baik.
    • Kelemahan sistem pernafasan.
    • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
    • Tidak berapa suka duduk di rumah.
    • Tidak boleh duduk diam.
    • Tidak punya ramai anak.
    • Rajin dan bersemangat tinggi.
    • Agak boros
    JUN
    • Berfikiran jauh & berwawasan.
    • Mudah ditawan kerana sikap baik.
    • Berperangai lemah lembut.
    • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
    • Idea yang terlalu banyak di kepala.
    • Bersikap sensitif.
    • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
    • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
    • Bersikap suka menangguh-nangguh.
    • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
    • Cepat marah & cepat sejuk.
    • Suka bercakap & berdebat.
    • Suka buat lawak & bergurau.
    • Otaknya cerdas berangan-angan.
    • Mudah berkawan & pandai berkawan.
    • Seorang yang sangat tertib.
    • Pandai mempamerkan sikap.
    • Mudah kecil hati.
    • Mudah kena selsema.
    • Suka berkemas.
    • Cepat rasa bosan.
    • Sikap terlalu memilih & cerewet.
    • Kurang mempamerkan perasaan.
    • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
    • Suka pada barang yang berjenama.
    • Mudah menjadi eksekutif.
    • Kedegilan yang tidak terkawal.
    • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
    JULAI
    • Sangat suka didamping.
    • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
    • Agak pendiam kecuali dirangsang.
    • Ada harga dan maruah diri.
    • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
    • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
    • Sangat menjaga hati orang lain.
    • Sangat peramah.
    • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
    • Berjiwa sentimental.
    • Jarang berdendam.
    • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
    • Tidak suka benda remeh-temeh.
    • Membimbing cara fizikal dan mental.
    • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
    • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
    • Tinggi daya simpati.
    • Pemerhatian yang tajam.
    • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
    • Mudah dan rajin belajar.
    • Suka muhasabah diri.
    • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
    • Suka mendiamkan diri.
    • Suka duduk di rumah.
    • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
    • Tidak agresif kecuali terpaksa.
    • Lemah dari segi kesihatan perut.
    • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
    • Minta disayangi.
    • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
    • Terlalu mengambil berat.
    • Rajin dalam membuat kerja
    OGOS
    • Suka berlawak.
    • Mudah tertawan padanya.
    • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
    • Berani dan tidak tahu takut.
    • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
    • Pandai memujuk orang lain.
    • Terlalu pemurah & bersikap ego.
    • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
    • Dahagakan pujian.
    • Semangat juang yang luar biasa.
    • Cepat marah & mudah mengamuk.
    • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
    • Sangat cemburu.
    • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
    • Cepat berfikir.
    • Fikiran yang berdikari.
    • Suka memimpin & dipimpin.
    • Sifat suka berangan.
    • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
    • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
    • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
    • Belajar untuk bertenang.
    • Sikap kelam kabut.
    • Romantik, pengasih dan penyayang.
    • Suka mencari kawan
    SEPTEMBER
    • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
    • Sangat cermat, teliti & teratur.
    • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
    • Pendiam tapi pandai bercakap.
    • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
    • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
    • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
    • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
    • Seorang yang banyak berfikir.
    • Daya pentaakulan yang baik.
    • Otak bijak & mudah belajar.
    • Suka mencari maklumat.
    • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
    • Pandai mendorong diri sendiri.
    • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
    • Suka sukan, hiburan & melancong.
    • Kurang menunjukkan perasaannya.
    • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
    • Terlalu memilih pasangan.
    • Sukakan benda yang luas.
    • Bersistematik
    OKTOBER
    • Suka berbual.
    • Suka orang yang sayang padanya.
    • Suka ambil jln tengah.
    • Sangat menawan & sopan santun.
    • Kecantikan luar & dalam.
    • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    • Sentiasa berkawan.
    • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    • Cepat marah.
    • Macam pentingkan diri sendiri.
    • Tidak menolong orang kecuali diminta.
    • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
    • Tidak suka terima pandangan orang lain.
    • Emosi yang mudah terusik.
    • Suka berangan & pandai bercakap.
    • Emosi yang kelam kabut.
    • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    • Suka melancong, bidang sastera & seni.
    • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    • Romantik dalam percintaan.
    • Mudah terusik hati & cemburu.
    • Ambil berat tentang orang lain.
    • Suka kegiatan luar.
    • Seorang yang adil.
    • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
    • Mudah patah semangat
    NOVEMBER
    • Banyak idea dalam perkara.
    • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
    • Berfikiran kehadapan.
    • Berfikiran unik dan bijak.
    • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
    • Pemikiran yang tajam.
    • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
    • Sesuai jadi seorang doktor.
    • Cermat dan teliti.
    • Personaliti yang dinamik.
    • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
    • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
    • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
    • Terlalu degil dan keras hati.
    • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
    • Tak suka marah kecuali digugat.
    • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
    • Pandai muhasabah diri.
    • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
    • Otak yang sangat tajam.
    • Pandai mendorong diri sendiri.
    • Tidak hargai pujian.
    • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
    • Cuba sampai berjaya.
    • Badan yang sasa.
    • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
    • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
    • Suka duduk d irumah.
    • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
    • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
    • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
    • Bercita-cita tinggi.
    • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
    DISEMBER
    • Sangat setia dan pemurah.
    • Bersifat patriotik.
    • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
    • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
    • Bercita-cita tinggi.
    • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
    • Seronok bila didampingi.
    • Suka bercampur dengan orang.
    • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
    • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
    • Tidak pandai berpura-pura.
    • Cepat marah.
    • Perangai yang mudah berubah-ubah.
    • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
    • Benci pada kongkongan.
    • Suka berlawak.
    • Pandai buat lawak dan berfikiran logik